Dulu Budak Gemuk, Sekarang Abang Bomba 'Seksi'


SEPULUH tahun lalu, Sam Rouen menang dalam program The Biggest Loser, selepas berat badannya turun hampir separuh dari berat badan asalnya.

Dia yang ketika itu berusia 19 tahun mempunyai berat badan 153kg sebelum 'mengecil' kepada 71kg selepas menyertai program realiti Australia yang melihat penurunan berat badan peserta berdasarkan peratusan tertinggi untuk memenangi hadiah wang tunai.

Dia adalah antara peserta yang paling berjaya dan menjadi pemenang paling muda apabila turun lebih dari 45 peratus berat badannya.

Tetapi Rouen tidak berpuas hati setakat itu saja, sebaliknya dia terus memperbaiki gaya hidupnya.


Sekarang pada usia 29 tahun, dia bekerja sebagai ahli bomba, malah bentuk badannya yang seksi juga menghiasi kalendar organisasi itu, selain menjadi penceramah motivasi dalam industri kesihatan dan kecergasan.

Selepas 10 tahun menyertai pertandingan itu, dia menyiarkan gambar 'sebelum dan selepas' yang menunjukkan sejauh mana dirinya mengalami perubahan menakjubkannya.

Dia menulis: "Mula-mula rasa ragu-ragu untuk buat posting ini...namun 10 tahun sudah berlalu. Begitu cepat masa berlalu.

"Begitu banyak yang berlaku, baik, buruk. Apa yang saya tahu saya mempunyai beberapa orang yang menakjubkan di sekeliling saya dan saya menghargainya".


Rouen yang menggambarkan dirinya sebagai 'ketagih untuk bersenam' kepada Daily Telegraph Australia, mengakui dia tidak terlalu obses dengan dirinya.

"Saya masih tidak suka membuka baju saya, walaupun di pantai."

Rouen juga telah menemui cintanya dan bertunang dengan Daniella.

Sumber: Mstar Online