KUALA LUMPUR - Semaikan nilai kasih sayang antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia, sempena perayaan Hari Natal yang bakal disambut seluruh negara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, pesanan itu perlu kekal terpahat di sanubari rakyat walaupun waktu berlalu begitu pantas, seiring momentum siri pencapaian yang dikecapi negara sepanjang 2017.
"Tirai 2017 kita akhiri dengan seribu kemanisan dan tahun baru ini nanti dengan penuh keazaman. Selamat Hari Natal dan selamat tahun baru 2018," katanya menerusi rakaman ucapan 30 saat yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya, @NajibRazak, semalam.
Sumber: BH Online