Skip to main content

Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis Satukan Umat Islam


Himpunan  Solidariti Perdana: Intifada Selamatkan Baitulmuqaddis di Putrajaya esok (Jumaat) diharap dapat menyatuhkan umat Islam dan bukan Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik.  

Buktikan umat Islam Malaysia dapat bersama dalam membela rakyat Palestine dan mempertahankan kota suci Baitulmaqddis daripada dijadikan ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat.

Tidak perlulah parti-parti politik pembangkang mempolitikkan perhimpunan itu. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  semalam menyatakan kerajaan tidak mengutuskan jemputan khusus kepada pemimpin atau individu tertentu, sebaliknya ia dihebahkan secara terbuka kepada umum.

Namun kata beliau undangan untuk menghadiri solidariti mempertahankan Baitulmaqdis sudah dihantar kepada parti politik seperti PAS, PAN dan PKRr secara rasmi bagi mengalakkan penyertaan wakil mereka, namun belum menerima sebarang maklum balas.

PAS bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk melibatkan diri pada perhimpunan mega itu seperti mana yang ditunjukkan pemimpin parti  itu semasa bersama Perdana Menteri menentang kekejaman  ke atas masyarakat Rohingya oleh tentera Mynmar tidak lama dulu.

“Tiada sebarang surat rasmi diberikan kepada Tun Mahathir, cuma kita buat jemputan secara terbuka,” katanya ringkas pada sidang media di Putrajaya, Rabu mengulas persoalan sama ada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menerima jemputan rasmi untuk turut bersama pada perhimpunan itu.

Perhimpunan itu bakal melibatkan penyertaan lebih 250 badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Timbalan Presiden Ulama Sedunia akan menyampaikan ucapan sebelum ucaptama daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Parti Amanah Negara (PAN) bagaiamanapun  tidak akan menyertai  himpunan 
solidariti itu kerana menurut timbalan residennya Salahuddin Ayub pihaknya tidak menerima apa-apa jemputan rasmi.

"Kalau betul-betul serius, panggillah pemimpin kami, (Pakatan Harapan) bermesyuarat mengenai perkara ini. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang bentuk jemputan," kata Salahuddin.

Hadi yang juga Presiden PAS berkata baru-baru ini,  sesiapa yang menghadiri Sidang Kemuncak OIC yang diadakan di Istanbul baru-baru ini  di dalam hati mereka ada sekecil zarah kebanggaan terhadap Islam dan sebahagian daripada mereka lebih kuat daripadanya.

"Dan buruklah bagi mereka yang tidak hadir dan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat nanti. Hanya Allah yang lebih mengetahui, " kata beliau dalam kenyataan yang dipetik daripada Harakrahdaily.
.
Sementara itu PAS memuji  Najib  yang tegas menentang Amerika Syarikat  dalam isu Baitulmuqaddis padaSidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Instanbul, Turki pada Rabu lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dipetik sebagai  berkata, komitmen Perdana Menteri itu wajar dihargai kerana membuktikan Malaysia antara negara Islam yang berada di hadapan membantah tindakan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. - Kedahnews.com