Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung


KUALA LUMPUR - Ibu kepada pelakon popular Zul Ariffin, Robiah Nasir, meninggal dunia kira-kira pukul 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarhamah Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya iaitu kakak kepada Zul di Sungai Penchala, Damansara.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur selepas disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail.

"Ibu saya memang sakit jantung namun saya tidak sangka dia pergi seawal ini kerana dia tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung.

"Apapun, saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin," kata Zul ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Rata-rata peminat terutama di kelab peminat Zul Ariffin FC di laman sosial mengucapkan takziah kepada pelakon drama Titian Cinta itu.

Sumber: Kosmo Online