India Buru Zakir Naik


NEW DELHI - Selepas polis antarabangsa (Interpol) enggan mengeluarkan 'red corner notice' (RCN) ke atas penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik; Agensi Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) akan mengemukakan penanahanan sementara penceramah itu yang dipercayai kini berada di Malaysia.

NIA turut mengemukakan rayuan baharu kepada Interpol pada Selasa untuk mendapatkan RCN ke atas Zakir Naik, lapor Times of India.

Di bawah persetujuan ekstradisi dengan India, Malaysia perlu memberikan lokasi Zakir Naik yang tertakluk kepada undang-undang seterusnya menahan penceramah itu.

Selepas beliau ditahan, India akan membuat permohonan rasmi ke atas ekstradisi penceramah itu dalam tempoh 60 hari.

Menteri Luar India pada November berkata, kerajaan negara itu akan membuat permohonan rasmi kepada Malaysia untuk tujuan itu bagi membolehkan Zakir Naik dibicarakan di India.

Sumber: Mstar Online