Iran Sifatkan Ugutan Trump Menghina Demokrasi


TEHRAN - Iran menyifatkan ugutan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menyekat bantuan kepada negara-negara yang mengundi menentangnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dalam isu Baitulmuqaddis sebagai penghinaan demokrasi.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, rejim Trump menghina demokrasi melalui ugutan terhadap negara yang berani menentang tuntutan ala `samseng’ AS di PBB.

“Trump menghina Iran sebagai `diktator’ namun AS mempunyai versi demokrasi tersendiri iaitu `sama ada bersama AS atau menentang AS’,” kata Javad yang disiarkan oleh portal Presstv. - Agensi