Israel Tembak Mati Dua Penduduk Palestin Dalam Tunjuk Perasaan


GAZA - Sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin mati ditembak anggota keselamatan Israel hari ini susulan satu tunjuk perasaan yang diadakan bagi membantah pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh Washington.

Menurut polis, insiden itu berlaku tidak lama selepas sebahagian besar daripada negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk menolak pengisytiharan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung perkara tersebut sebelum ini. -REUTERS