“Jangan Salah Faham, Saya Tak Mengandung” – Zulin


AKIBAT sakit perut sehingga mengalami cirit birit, pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz telah dimasukkan ke sebuah hospital sehingga disahkan menghidap ketumbuhan cyst!

Menurut Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abd. Aziz, dia tidak menyangka bahawa selama ini terdapat ketumbuhan cyst di kawasan ovarinya.


“Ni bukan scan baby ya. Ni namanya cyst. Bila masa pula saya kahwin. Saya masuk hospital sebab cirit birit lepas tu baru saya tahu.

“Nak explain pun susah… Doakan yang baik-baik ya,” tulis Zulin menerusi ruangan caption gambar yang dimuat naik olehnya pada tengah hari tadi.

Zulin turut berharap agar tiada yang salah anggap dengan gambar scan tersebut kerana ada yang menyangka bahawa itu merupakan gambar imbasan bayi di dalam kandungan.

Cyst merupakan masalah yang sering berlaku kepada kaum wanita. Namun tidak semua ketumbuhan cyst merupakan kanser.


Malah, cyst juga boleh hilang dengan sendiri tanpa sebarang pembedahan atau rawatan tetapi, ada juga jenis cyst yang memerlukan rawatan segera sebelum ia menjadi lebih parah.

Dalam masa yang sama, penyampai radio yang berusia 28 tahun itu turut berharap agar tiada pembedahan yang akan dilakukan bagi membuang ketumbuhan tersebut.

“Jumpa lagi 6 bulan doktor Shilpa. Saya harap benda tu hilang tak payah operation,“ tulisnya lagi dengan penuh berharap.

Pelakon Lufya Omar turut kelihatan melawat rakan baiknya itu sambil sempat bergurau bahawa lawatannya ke hospital bertujuan untuk menjaga ‘ibu dalam pantang’

Selain itu, Zulin turut meminta agar semua peminatnya dapat mendoakan kesihatannya kerana dia perlu kembali bekerja dalam masa yang terdekat.

Mudah-mudahan semuanya akan baik-baik sahaja dan harapnya Zulin dapat menjaga kesihatan diri serta jangan terlalu bekerja keras kerana kesihatan pun perlu dijaga.

Mencegah itu kan lebih baik daripada mengubati. Risau pula kalau terjadi perkara yang lebih serius pula lepas ni.  - Kedahnews.com