KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang melanda beberapa daerah di negeri di utara dan pantai timur.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook METMalaysia kira-kira jam 6.05 pagi tadi, keadaan itu dijangka berterusan sehingga lewat pagi hari ini.
Antara negeri terbabit adalah Perlis, Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling dan Perak (Daerah Hulu Perak).
Negeri lain terbabit dengan amaran itu adalah Pahang (Daerah Pekan dan Kuantan), Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Jeli).
Selain itu, Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) diberi amaran sama.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.
Sumber: BH Online