Kajian Invoke Rafizi Temberang, Hanya Nak Kutip Sumbangan Orang Ramai



JIKA ikut  kajian Invoke yang dilakukan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, sokongan pengundi kepada PAS jatuh merudum dalam tempoh 12 bulan.

Hanya 14 peratus pengundi Melayu menyatakan akan mengundi PAS dalam pertandingan tiga penjuru, jatuh 11 peratus berbanding 25 peratus pengundi Melayu yang memilih PAS dalam kaji selidik yang sama Januari 2017 lalu.

Itu kajian Rafizi, Ahli Parlimen Pandan yang baru-baru ini cuba menipu kononnya abang kandung Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) mendapat tender projek Expo Negaraku. 

Bagaimanapun Rafizi malu besar kerana nama yang disebutkan itu, bukannya abang atau saudara mara  Abdul Rahman.  

Kajian atau survey politik daripada Pakatan Harapan itu semestinya tidak ada yang positif bagi PAS dan juga UMNO.

Sebelum ini, kajian yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS (PPP) pula menjangka sokongan kepada Parti Amanah Negara (PAN) akan merosot ke tahap amat rendah iaitu 0.5 peratus.

Kenyataan Pengarah PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki seperti mana yang dilapor oleh Malaysiakini Julai lalu menyebut hasil tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE) sebelum ini, sokongan terhadap PAN berada di tahap satu peratus.

Tentunya PAN juga tidak menerima kajian itu dan menganggapkan ia sebagai perang saraf  politik untuk melemahkan  PAN, parti serpihan PAS itu. 

Kajian Invoke oleh Rafizi yang terbaharu tenttang kemerosotan sokongan kepada PAS turut mendapat perhatian Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Kamarul Zaman Yusoff. 

Kata Dr. Kamarul Zaman andaian Rafizi bahawa sokongan pengundi Melayu kepada UMNO akan terus merosot kerana 50% daripada penyokong UMNO mahu GST dimansuhkan, adalah satu andaian liar.

" Menyedari kecenderungan Rafizi untuk memutar-belit atau mereka-reka cerita, saya telah membaca balik dapatan kaji selidik Invoke pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017, kata Kamarul Zaman menerusi laman media sosialnya hari ini,

Menurut penganalisis politik itu lagi, dakwaan Rafizi bahawa BN akan cuba menipu di kerusi-kerusi marginal di seluruh negara sehingga menyebabkan Invoke  terpaksa meletakkan 20,000 PACA terlatih di kerusi-kerusi tersebut pula adalah tidak lebih daripada satu tindakan terdesak Rafizi.

Dakwaan Rafizi itu bagi menarik simpati dan seterusnya mendorong penyokong Invoke  menyumbang dana kepadanya sahaja, kata Kamarul Zaman. 

Sebelum ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kajian Rafizi tettang calon popular  Perdana Menteri Pakatan Harapan,  hanya 'kajian syok sendiri'. -Kedahnews.com