"Kalau Ikut Cerita Ini, Yang Tinggal Dalam PAS Hanya TGHA Sajalah"


"CERITA ahli PAS masuk Umno, masuk PAN dan terbaru ahli PAS masuk PKR pula," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Selepas ini, katanya ada pula berita ahli PAS akar umbi mendesak dibubarkan PAS.

"Kalau ikut cerita ini, yang tinggal dalam PAS hanya Tuan Guru Haji Hadi sajalah," ujarnya.

Peliknya, kata beliau setiap bulan keahlian baharu PAS tidak kurang 2,000 orang sebulan di mana pada 2017 paling ramai iaitu 41,813 ahli baharu.

Menurutnya, itu semua alamat kubra PRU sudah dekat.

"Biarlah ini kerja pelapor yang tidak ada berita hendak buat cerita. Hendak bagi laku berita. Hendak harap program parti tidak ada," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Tambahnya, ataupun hendak mengharapkan orang masuk parti mereka tidak ada, maka kerja bilang ahli PAS sahajalah.

"Atau buat cerita PAS hendak bersama dengan UMNO," kata beliau.

Beliau berkata, sudah sembilan tahun cerita PAS hendak bersama UMNO.

"Kalau ada anak sekolah sudah berada darjah tiga. Biasanya orang melampau akhirnya tersungkur di kaki UMNO," katanya.

Sumber: Harakahdaily