Kalendar 2018 PPBM Harga RM40!


MAHALNYA… Ketika pembangkang kecoh bising macam histeria jika harga petrol naik sikit sahaja ekoran situasi geopolitik global, mereka nyata hipokrit apabila melibatkan kepentingan diri sendiri!

Terbaharu, netizen tempatan dikejutkan dengan penjualan kalendar baharu 2018 edisi terhad keluaran eksklusif Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini menjadi tular disiarkan menerusi media sosial di seluruh dunia.

Dengan guna tema Inspirasiku Mahathir dan memaparkan wajah ceria si pengerusi parti kecil pembangkang berusia 92 tahun itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia dijual pada harga serendah RM40 termasuk caj pengeposan.

Entahlah bagaimana harga kalendar meja tersebut boleh mencecah nilai sedemikian sama ada ia disebabkan faktor tukaran mata wang asing, kenaikan harga minyak sejagat atau tekanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)?

Ada netizen menyindir harga mahal berkenaan kerana kalendar itu kononnya bersalut emas dan tidak kurang juga kutuk PPBM yang menekan rakyat marhaen tetapi ‘hebat’ bersembang mahu membela kos sara hidup pengguna.

“Minyak naik bukan main macai salak macam anjing kena baling dengan kayu api di punggung. Pemimpin anda jual kalendar sahaja sudah RM40, tidak hendak menyalak ke? Itu baru kalendar,” kata netizen bernama Lang Buana.

Sementara lagi pengguna Facebook yang menggunakan akaun bernama Rose Rosmawati menulis komen sinis: “Hanya orang gila sahaja hendak membeli kalendar RM40 satu. Sepatutnya jual kalender itu secara percuma aja.”

Seorang netizen dengan nama Mohd. Fahmi menukil: “Pergi kedai servis motosikal pun boleh dapat kalendar baru percuma sahaja… daripada beli ini RM40, lebih baik belikan beras… atau derma dengan saudara mara… lagi elok!”

Untuk rekod, pihak PPBM sebelum ini pernah menganjurkan beberapa siri acara majlis makan malam amal konon untuk kutipan dana parti itu dengan harga satu meja yang bernilai ribuan ringgit. – Agensi