Kenapa Mahfuz Risau Sangat Najib Tagih Undi Cina?


APABILA Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bercakap tentang politik semasa, orang pokok Sena dan pemimpin PAS ibaratkan bekas pemimpin PAS yang tiada pendirian lagi dalam partinya itu sebagai 'tin kosong'. 

Semalam Mahfuz mendakwa sokongan rakyat akan lebih kukuh ke atas Pakatan Harapan selepas mendengar ‘omongan’ Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017, yang berlangsung pada 5-9 Disember baru-baru ini.

Dakwa Mahfuz lagi,  rakyat sudah boleh menilai rentak Najib yang tempang apabila menayangkan sikap berbeza dengan MCA dan UMNO.

"Dalam Perhimpunan Agung MCA, Najib menagih undi dari bangsa Cina dengan meyakinkan DAP tak dapat memerintah negara walaupun DAP menang lebih besar dari PRU13 atau memenangi kesemua kerusi yang ditandingi.

"Najib minta masyarakat Tionghua bersama BN," kata Mahfuz dalam kenyataan semalam.

Menjelang PRU14 tidak lama lagi, Mahfuz mungkin kini sedang berbelah-bahagi, parti mana yang wajar disertainya. Hendak masuk PPBM tidak meyakinkanya kerana parti itu tidak kukuh oleh kerana semakin ramai pemimpin dan ahli keluar parti.

Lagi pun PPBM belum mampu mengadakan mesyuarat agung bahagian dan pusat dan kemungkinan  diharamkan atau tidak dapat sertai PRU14 kerana melanggar perlembagaan parti yang dirangkanya sendiri..

Untuk sertai PAN dan PKR agak sudah terlewat kerana parti itu sudah sedia dengan calon PRU14 mereka. Lagi pun Mahfuz masih ada ikatan baiah dengan PAS.

Hanya DAP yang boleh menerima Mahfuz, kerana parti sosialis Cina itu masih memerlukan pemimpin Melayu seperti Datuk Zahid Ibrahim untuk digunakan bagi mememecahkan undi orang Melayu/Islam.

Minggu lepas Najib berada di pentas UMNO dan tentunya beliau akan bercakap tentang kepentingan orang Melayu dan umat Islam termasuk mahu umat Muhamad SAW mempertahankan kota suci Baitulmaqdis daripada dikuasai oleh Israel.

Mahfuz juga yang tergolong dalam kelompok Melayu yang beragama Islam walaupun tidak menyukai UMNO, tentunya di sudut hati kecilnnya bersetuju usaha untuk memartabatkan bangsa dan mempertahankan agama Islam.



Maka itu, Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN bukan sahaja mahu orang Melayu sahaja maju, agama Islam diperkasakan tetapi juga mahu bangsa lain juga membangun maju termasuk kaum Cina dan India kerana mereka juga turut berganding bahu membangunakan ekonomi negara selama ini.

Jika Melayu, Cina dan India tidak bersatu dalam sebuah negara majmuk ini, Malaysia dibimbangi akan menjadi negara yang gagal seperti mana yang dikatakan oleh pembangkang sekarang ini.

Perdana Menteri memimpin 32 juta rakyat Malaysia, bukan sekadar mengetuai parti orang Melayu dan Bumiputera, tetapi juga komponen BN.

Sudah semestinya apabila Najib bercakap di pentas MCA, Gerakan mahpun MIC dan komponen lain beliau akan meminta ahli dan penyokong parti itu terus bersama BN pada PRU14.

Menjadi kewajiban Najib atau siapa juga yang memimpin BN/UMNO untuk meminta penyokong BN terus setia  bersama kerajaan apabila tiba PRU seperti mana juga yang diminta oleh Presiden UMNO dan Pengerusi BN terdahulu termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menerajui selama 22 tahun.

Dr. Mahathir sekarang adalah Pengerusi Pakatan Harapan dan tentunya beliau juga mahu orang Melayu dan Cina menyokong parti yang dipimpinnya.

Umum juga mengetahui Mahfuz juga pendokong bekas perdana menteri itu sekarang walaupun beliau dahulunya cukup membenci Dr. Mahathir. - kedahnews.com