Kerana Gambar Throwback, Fathia Dituduh Kafir


NAMA pelakon Fathia Latiff bagaikan tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan pelbagai kontroversi murahan.

Terbaharu aktres yang diketahui cenderung pembangkang itu teruk dikutuk netizen hanya kerana memuat naik satu gambar lama sehingga dianggap mahu menanggalkan hijab di kepala pula!

“Saya masih ingat hari saya berdoa untuk perkara yang saya ada sekarang,” katanya apabila dituduh tidak lagi bertudung selepas namanya mula ‘busuk’ akibat video Bigo Live pada September lalu.

Baru-baru ini, pelakon berusia 30 tahun itu dengan sendirinya memuat naik gambar bersama seorang lelaki yang dikatakan model muda dan katanya ia merupakan gambar lama sebelum pelakon tersebut mula bertudung.

Bagaimanapun, ianya tetap menjadi tanda tanya oleh netizen mengenai niat utama dia memuat naik gambar yang tidak bertudung dengan menampakkan rambutnya yang berwarna perang.


Walaupun dia mengetahui bahawa gambar itu bakal dikecam, disebabkan itu Fathia awal-awal lagi sudah menutup ruangan komen agar Instagram miliknya tidak pula dihujani dengan pelbagai pertanyaan.

Tetapi Fathia silap… Netizen ni kalau satu cara dia tak boleh dapat, pasti mereka akan cari jalan lain iaitu dengan meninggalkoan komen pada posting gambarnya yang lain.

Disebabkan terlampau banyak tuduhan dan kritikan yang diterima, pelakon drama Menanti Februari itu terus berang apabila terbaca satu komen yang agak melampau.


“Kalau ye pun tak setuju saya post gambar throwback tidak bertudung, janganlah sampai panggil saya nak jadi kafir. Tuduhan ini sangat melampau.

“Kafir adalah sangat sensitif ,” tulisnya kelmarin.

Dalam beberapa jam selepas itu, gambar berkenaan telah dipadam oleh Fathia dan menganggap isu tersebut sudah tamat di situ.

Terdapat juga netizen yang menganggap bahawa Fathia seakan-akan bakal mengikut langkah teman rapatnya, Uqasha Senrose yang telah membuka tudung dengan alasan masih belum bersedia.

Dalam yang mencemuh, masih ada lagi yang memberi nasihat kepada pelakon cantik itu.

Iya lah, kalau semua nak kutuk, nak keji, siapa yang nak puji?

Harapnya lepasni Fathia akan lebih berfikir panjang apabila ingin melakukan sesuatu. Jangan bila dah buat macam tu, orang dah kutuk, awak pun nak melenting sama.

Dah diri sendiri yang membuka ruang untuk netizen kutuk dan keji, jadi jangan salahkan netizen 100% sebab kalau tak ada isu, mereka tak akan cakap apa-apa.

Tabah lah Fathia, jangan selalu sangat nama naik disebabkan kontroversi murahan macam ni. Lagi orang bertambah benci ada lah. – Kedahnews.com