Kereta Polis Pun Dikunci Tayar


TELUS... Sebuah kereta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai dari Selangor telah diapit oleh anggota dari Unit Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya (PPj) kerana diletakkan di bahu jalan.

Kereta pasukan yang dinaiki anggota trafik sebuah Ibu Pejabat Polis itu melakukan kesalahan di hadapan bangunan Menara Usahawan, Presint 2, di Putrajaya, semalam.

Kenderaan itu bagaimanapun 'dilepaskan' selepas membayar denda.

Sumber: Utusan Online