Saya mengalami senggugut yang teruk tiap kali datang haid. Adakah ia petanda tidak baik?
Adakah ia memberi kesan untuk saya mendapatkan zuriat apabila sudah bersedia?
Jawapan
Senggugut adalah kesakitan yang dialami wanita semasa kedatangan haid dan ia juga berbeza bergantung kepada tahap ketahanan individu tersebut.
Ia dikategorikan kepada dua jenis:
1. Senggugut primary
Kebanyakan remaja dan gadis dalam 80-90 peratus, mengalami senggugut primary. Ia adalah disebabkan oleh masalah kitaran ovulasi tanpa sebarang faktor patologi. Biasanya pesakit mengalami senak pada bahagian ari-ari beberapa jam sebelum permulaan haid sehingga 24-72 jam, perut juga menjadi sedikit kembung dan tidak selesa.
2. senggugut secondary
Sebanyak 10 peratus gadis mungkin mengalami senggugut secondary. Antara tanda-tandanya ialah, sakit berterusan semasa kedatangan haid sehingga akhir haid, sakit ketika membuang air besar atau sakit pada bahagian belakang pinggang yang teruk.
Pesakit perlu mendapatkan rawatan untuk mengenal pasti punca atau penyebab utama kepada sakit semasa haid ini.
Antara jenis penyakit yang dikenal pasti ialah endometriosis, adenomyosis, masalah congenital anomali sejak lahir atau jangkitan kuman plevik.
Setelah mengenal pasti masalah berkaitan, rawatan susulan akan dibuat tidak kira dari segi rawatan perubatan atau pembedahan.
Rawatan awal akan memberi peluang yang lebih cerah untuk kita membantu pesakit mendapatkan zuriat seperti yang diidamkan.
Sumber: Utusan Online