Kisah Wanita Gempal Tawan Jejaka Maghribi Ketika Bawa Grab


KUALA LUMPUR – “Di saat banyak mata2 jantan yg memandang aku lalu tertawakan aku .. Kau datang lalu berkata “its ok .. They laughing because they look you by eyes but i look you by my heart.”

Begitulah status romantis yang dimuatnaik oleh seorang wanita berbadan gempal di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini yang menjadi tular di kalangan netizan.

Betul, Aiffa Syakirin Abd. Majid mungkin tidak dipandang oleh jejaka di Malaysia namun dia membuktikan tubuh badan besar masih mampu berjaya menawan hati jejaka Maghribi bernama Badr Kebdani yang kacak dan macho.

Jadi apabila Aiffa mengabdikan sebuah foto mengabdikan momen persandingan di Instagramnya menerusi akaun missjumboqueen, ramai yang kagum dengan kisah percintaan mereka.

Apatah lagi, bila mengetahui Aiifa yang menjadi pemandu Grab secara sambilan bertemu jodoh ketika membawa suaminya yang ketika itu sebagai penumpangnya.

Jom ikuti kisah cinta Aiffa ini:

“Kisahnya macam ini, akak seorang pengasuh dan part-time pemandu Grab. Tahun lepas, lebih kurang dalam bulan 10 ke 11 macam tu, husband akak travel ke Malaysia dan Singapore. Akak tinggal di JB. Masa husband dari Singapore masuk ke Malaysia.. di CIQ, dia pun guna Grab akak untuk ke Airport Senai. Akak memang seorang yang peramah lagi-lagi dengan outsiders. Hehehehe… Jadi dalam perjalanan tu akak borak lah dengan husband ni sampailah airport tu. Selang beberapa hari…

“Akak dapat Whatsapp dari husband… Masa tu, husband dah balik Morocco dah… Kami berhubung jarak jauh… Selama setahun… Hanya berhubung guna WA, Skype dan Messenger… Husband akak ni dia petani kat sanan… Setiap kali musim sejuk dia tak bercucuk tanam… Jadi dia akan travel, tu yang last year dia travel Malaysia dan Singapore. Jadi, tahun ini, masuk je bulan 11 hari tu, dia travel ke sini sekali lagi untuk melamar akak dan terus kahwin.

“Sepanjang perkenalan kami, dia tidak pernah buat akak rasa self-conscious dengan diri akak. Masa borak dalam Grab tu, dia rasa akak honest… sebab akak cerita akak full-time pengasuh, part-time Grab… So dia ckap akak independent… Walau badan besar tapi aktif… Bila lama berkawan, dia paling suka sebab akak tak hipokrit and penyayang kat budak-budak. Paling penting dia cakap, dia rasa akak jujur.. sempoi…kelakar.

“Dia betul-betul put effort dia. Semata-mata datang sini sekali lagi untuk kahwin dengan akak. Dia buktikan kesungguhan dia. Morocco bukan dekat, jadi bila dia betul-betul datang jumpa family… Datang dengan cara baik… Sebab tu akak terima…Memang kami tak pernah keluar dating…. Sebelum tu… Jumpa sekali. Then kawan jarah jauh… Then, kahwin.” ceritanya panjang lebar.

Betul kata pujangga, cinta sejati tidak mengenal paras dan rupa. Jodoh dan pertemuan itu terletak di tangan-Nya. 

Sumber: MalaysiaGazette