Pemimpin UMNO percaya, Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak akan menolak jawatan sebagai Perdana Menteri jika DAP memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Pada masa itu, itu selepas keputusan penuh PRU14, mereka percayai ahli Parlimen DAP akan menuntut kedudukan jawatan Perdana Menteri.
DAP tidak akan mengakuinya sekarang dan akan cuba menafikannya sepertimana pemimpin itu kata sebelum sebelum ini bahawa jawatan Perdana Menteri perlu diisi oleh orang Melayu jika Pakatan Harapan menang PR14.
Sokongan Kit Siang terhadap Anwar untuk jawatan itu hanya bagi mendapatkan perhatian demi menjaga hati penyokong PKR termasuk Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail..
Ahli Parlimen Gelang Patah itu sudah berada dalam politik selama 50 tahun dan DAP sendiri mempunyai 38 kerusi Parlimen berbanding parti lain dalam gabungan pembangkang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berpandangan adalah mustahil beliau (Kit Siang) akan menolak untuk menduduki jawatan tertinggi sekiranya pembangkang menang pilihan raya (umum) kali ini.
"Bagi memastikan beliau sampai ke tahap itu, Kit Siang sebenarnya perlu mendapatkan sokongan Melayu dan beliau berjaya menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dijadikan alat menarik pengundi Melayu," katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Mahdzir bagaimanapun turut mencabar Kit Siang agar membuat kenyataan rasmi bagi menafikan hasratnya menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun Kit Siang hinggakini hanya berdiam diri selepas isu jawatan Perdana Menteri kembali diperkatakan jika.PH menguasai Putrajaya.
Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) dilaporkan berkata, beliau mendengar khabar ada orang bernama Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.
Baru-baru ini bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi di Pulau Pinang, Tan Beng Huat bertindak keluar dari DAP kerana mendakwa Kit Siang seorang diktator selain tidak boleh menerima cara pemimpin veteran DAP itu.
Beng Huat yang mewakili DAP pada Pilihan Raya Umum ke 12i mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP).
Langkah itu turut disertai hampir 100 bekas ahli dan penyokong DAP dari Parlimen Nibong Tebal yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang dikuasai Dinasti Lim itu.
Sementara bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor, mendakwa Deklarasi Setapak 1967 membuktikan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang sudah lama memasang impian untuk menjadi Perdana Menteri.
Zulkifli yang juga Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), memberitahu sebuah akhbar tempatan antara 15 perkara dalam deklarasi itu termasuk menolak Bumiputera di negara ini dengan melaksanakan kebebasan, demokratik dan sosialis berdasarkan prinsip kesamarataan kaum serta keadilan sosial dan ekonomi.
"Apabila Deklarasi Setapak diumumkan, di situ kita sudah nampak perancangan DAP selama ini adalah untuk menolak Bumiputera selain merancang mahu menjadikan pemimpin bukan Bumiputera sebagai Perdana Menteri sekiranya berjaya mentadbir negara.
"Tambahan pula, kita lihat perjuangan Kit Siang yang begitu panjang dalam politik termasuk bersama DAP hampir 50 tahun selain menjadi Ahli Parlimen paling lama iaitu sejak beliau berumur 28 tahun.
"Mengapa hingga kini Kit Siang enggan bersara daripada politik? Saya percaya ia mungkin ada kaitan dengan cita-citanya yang belum kesampaian, untuk menjadi Perdana Menteri, katanya yang bersama DAP selama 26 tahun,
Sementara itu, Zulkifli mendakwa, Kit Siang adalah pemimpin bercita-cita tinggi termasuk memasang impian untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang menerusi Agenda Tanjong III yang diilhamkannya pada 1986, namun gagal. - Kedahnews.com
"