KL Antara 10 Bandar Raya Terima Ramai Pelancong


PUTRAJAYA – Ketika pihak pembangkang kutuk Malaysia sebagai negara muflis, Kuala Lumpur disenaraikan antara 10 bandar raya yang menerima kedatangan pelancong asing tertinggi di dunia!

Perkara luar biasa tersebut disiarkan menerusi Top 100 City Destinations Ranking 2017 Edition yang diterbitkan oleh Euromonitor International dan dikeluarkan sempena World Travel Market di London, Britain baru-baru ini.

“Sebagai destinasi beli-belah terkenal, Kuala Lumpur menjadi tumpuan pelancong dengan tawar harga berpatutan serta sistem pengangkutan awam efisien.” Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam satu kenyataan.

Tambah kementerian berkenaan lagi, kejayaan dramatik ini adalah hasil usaha gigih pihak kerajaan Malaysia dalam mempromosikan negara serta melonjakkan bandar raya itu sebagai destinasi tarikan pelancongan utama dunia.

“Keputusan kerajaan untuk menjadikan Jalan Bukit Bintang dan kawasan sekitar termasuk Jalan Alor sebagai pusat beli belah terkenal serta moden membuahkan hasil apabila bilangan pengunjung bertambah mendadak,” katanya.

Berikut senarai 10 bandar paling banyak dilawati bagi sepanjang tahun ini:-

1. Hong Kong, China: 26.6 juta pengunjung
2. Bangkok, Thailand: 21.2 juta pengunjung
3. London, Britain: 19.2 juta pengunjung
4. Singapura, Singapura: 16.6 juta pengunjung
5. Macau, China: 15.4 juta pengunjung
6. Dubai, UAE: 14.9 juta pengunjung
7. Paris, Perancis: 14.4 juta pengunjung
8. New York, Amerika Syarikat: 12.7 juta pengunjung
9. Shenzhen, China: 12.6 juta pengunjung
10. Kuala Lumpur, Malaysia: 12.3 juta pengunjung

- Kedahnews.com