KL Bandar Ekspat Ke-4 Terbaik Di Dunia


KUALA Lumpur terpilih untuk menduduki tangga ke-4 bandar ekspat yang terbaik dalam senarai InterNations Expat City Rankings tahun ini.

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kerana tahun lalu, KL berada di tangga yang ke-24 dalam senarai yang sama.

Berada di kedudukan tinggi bersama-sama bandaraya kosmopolitan lain seperti Manama,Prague, Madrid, dan Amsterdam, KL menjadi pilihan terbaik untuk didiami golongan ekspatriat dari segi keselesaan untuk menetap dan keseronokan persekitaran pekerjaan.

Ranking tersebut adalah berdasarkan data daripada Expat Insider Survey yang diadakan secara tahunan dan mendapatkan pendapat daripada 13,000 orang ekspat yang mewakili 166 warganegara daripada 188 buah negara bagi memberikan penilaian terhadap 25 aspek-aspek berbeza tentang kehidupan bandar di luar negara dalam skala 1 hingga 7.

Pemilaian oleh responden ini kemudiannya dikumpulkan kepada 13 subkategori, dan nilai min digunakan untuk membuat empat indeks topikal: Kualiti Kehidupan Bandar, Keselesaan untuk Menetap, Kehidupan Bekerjaya di Bandar, dan Kewangan dan Perumahan.

Lebih membanggakan, KL berada di bahagian teratas dalam Getting Settled Index, yang menilai tahap keramahan penduduk tempatan terhadap ekspat dan kos sara hidup.

Berikut merupakan 10 bandar terbaik untuk ekspat, menurut 2017 InterNations Expat City Rankings:

1. Manama (Bahrain)
2. Prague (Austria)
3. Madrid (Sepanyol)
4. Kuala Lumpur (Malaysia)
5. Amsterdam (Belanda)
6. Barcelona (Sepanyol)
7. Johannesburg (Afrika Selatan)
8. Bangkok (Thailand)
9. Basel (Switzerland)
10. Frankfurt (Jerman)

-Kedahnews.com