Lagu Banyak ‘Dislike’,Aliff Cuba Pujuk Isteri Ganti Sajat


SEDIH apabila video lagu Abang Nak Tegur menerima 240,823 dislike berbanding 31,948 ‘likes’ meskipun video lirik lagu itu telah ditonton sebanyak 2,940,869 kali, Dato’ Seri Aliff Syukri akhirnya memujuk kepada isterinya agar menyanyikan semula lagu tersebut.

Dedah Aliff, sebenarnya beliau telah mencuba banyak kali untuk memujuk isterinya, agar menggantikan tempat Nur Sajat.

“Puas dah pujuk, tak tahu nak pujuk macam mana dah nak suruh Shahida nyanyi lagu Abang Nak Tegur. Kalau boleh, nak suruh dia datang ke Spain,” katanya.


“Yang, tolonglah yang. Bie dah tak tahulah, pening kepala. Dahlah buat kerja penat-penat, shooting sana sini, video di YouTube tu orang asyik dislike je,” katanya kepada kamera.

“Aku dah penat dah susah-susah nyanyi pergi ke Spain, tapi orang tekan dislike. Minta tolong, tolonglah nyanyi lagu ini dengan Bie. Tak tahu apa masalah dengan diorang,” katanya kepada seseorang yang berada di dalam biliknya ketika itu.

“Tolonglah yang. Entahlah, kita dah spent banyak, berjuta-juta tapi impak tak ada dan orang dislike,” katanya lagi.

Turut kelihatan cuba memujuk Aliff ialah pelakon terkenal yang merangkap pembantu pengarah klip video tersebut, Lisa Surihani.


“Tak apa, kalau ada idea. Memang orang bagi suggestion untuk masukkan Datin sekali dalam lagu tu kan?” kata Lisa.

Sementara itu,di Instaagram Datin Shahida pula berkata, dia akan mempertimbangkan rayuan suaminya itu.


“Pandai tau dia guna Lisa Surihani untuk pujuk saya. Nasib baik Lisa comel. Nanti kita fikir-fikirkan dulu ya, nak nyanyi ke tidak,” katanya.- Kedahnews.com