Laluan Di Sungai Ular - Serdang Di Buka Tepat 12 Tengah Malam Esok


ALOR SETAR - Tepat jam 12 tengah malam esok , laluan Sungai Ular - Serdang akan dibuka sepenuhnya kepada semua laluan setelah kerja-kerja pembinaan jambatan sementara telah siap.

Menurut seorang sumber dari jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak didedahkan, laluan itu boleh mula digunakan sepenuhnya semua kenderaan seperti biasa bermula pada tengah malam ini kerana kerja pembinaan jambatan sementara telah siap dibina sepenuhnya.

"Kita akan buka semula laluan tersebut kepada semua kenderaan pada 12 tengah malam esok, 12 Disember 2017 kerana kerja pembinaan telah pun selesai," katanya.

Terdahulu, laluan tersebut terpaksa ditutup sementara bagi memberi laluan kepada proses pembinaan jambatan sementara di situ ekoran jambatan sedia ada dikenalpasti mempunyai masalah di bahagian rasuk kerana dipercayai semakin longgar.

Proses pembinaan jambatan sementara itu  mengambil masa 4 hingga 12 Disember dan memakan masa hampir 10 hari.

Selain itu, ketika proses pembinaan sedang dijalankan, pengguna laluan tersebut juga disarankan mengguna laluan alternatif lain untuk akses ke Serdang atau Kulim. - Kedahnews.com