GEORGETOWN - Seorang lelaki meninggal dunia selepas mangsa dilanggar sebuah bas di Jalan Paya Terubong dekat pasar Ayer Itam di sini.
Rapid Penang dalam kenyataannya mengesahkan mengenai insiden itu yang berlaki di perhentian bas Pekan Ayer Itam pada pukul 1.15 petang pada Rabu.
Syarikat bas itu juga berkata, kemalangan itu melibatkan seorang pejalan kaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an.
"Namun, kes ini sudah dilaporkan kepada pihak polis dan sebarang urusan hendaklah dirujuk kepada mereka," kata kenyataan itu.
Sementera itu, seorang penduduk tempatan mendakwa, mangsa berlari ke arah bas dengan sengaja.
"Dia cuba berlari ke arah sebuah lagi bas kira-kira setengah jam sebelum dia terbunuh, namun pemandu berjaya memberhentikan bas itu," katanya.
Bagaimanapun, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.
Sumber: Mstar Online