Di samping memohon maaf kepada semua pihak, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad mencetuskan kontroversi baharu dengan 'menggelar' golongan mufti sebagai 'kafir'.
Ini kerana para mufti masih tidak menyangah 'amanat' Presiden PAS yang sehingga ini mendorong berlakunya tragedi berdarah Memali di Baling pada 19 November 1985 yang mengorbankan 18 penduduk kampung dan anggota polis.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang terpalit dengan tragedi Memali itu bukan sahaja bertindak menyalahkan mufti dalam insiden tersebut malah menggelarkan mereka sebagai kafir.
Tanpa sedikit pun menyentuh tentang peranan beliau dalam tragedi hitam negara itu, Dr. Mahathir berkata, sebaik penasihat raja, mufti sepatutnya menyangkal amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mendorong berlaku insiden berdarah tersebut.
“Mengapa mufti berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka bersetuju. Kalau mereka setuju pendapat itu, mereka tidak masuk parti Pas, maka mufti kita juga kafir dan orang yang dinasihati mufti juga kafir.
“Mengapa amanat ini tidak disangkal sehingga kini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, di Shah Alam semalam.
Selepas tragedi Memali itu, Dr. Mahathir yang pada mulanya mempertahakan tindakan kerajaan 'cuba menyelamatkan' dirinya dengan menuding perkara itu ke atas bekas timbalannya, Tan Sri Musa Hitam yang juga Menteri Dalam Negeri.
Selain menyasarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pentas perhimpunan agung sulung PPBM itu juga digunakan oleh Dr. Mahathir untuk menyerang PAS dengan menuduh parti itu memperalatkan agama sehingga membawa kepada ketaksuban dalam kalangan ahlinya seperti yang berlaku di Memali.
“Dalam tragedi Memali ini, empat polis dibunuh yang disangka kafir kerana bekerja dengan kerajaan kafir. PAS sebenarnya adalah parti yang memperalatkan dan menjual Islam,” katanya.
Sebelum ini ,PAS mendesak agar Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat siapa dalang yang terlibat dalam mencetuskan peristiwa Memali.
Pemimpin PAS menyifakan penduduk kampung yang terbunuh itu juga sebagai 'mati syahid' - Kedahnews.com
Pemimpin PAS menyifakan penduduk kampung yang terbunuh itu juga sebagai 'mati syahid' - Kedahnews.com