Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad masih mengharapkan beliau diberikan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum ke 14.
"Kalau rakyat terdesak dan tidak dapat mencari calon lain, mungkin lelaki berusia 93 tahun ini boleh menjadi calon," kata Dr. Mahathir ketika diajukan soalan selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR, semalam.
Walaupun Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan berhubung calon perdana menteri sekiranya mereka menang pada PRU 14, Dr. Mahathir mahu membayangkan diri beliau masih berkemampuan untuk mengambil tugas ketua pentadbir negara itu.
Bagi Dr. Mahathir jawatan Perdana Menteri lebih penting bagi dirinya daripada Parti Pribumi Bersatu Pribumi (PPBM) yang ditubuhkannya, yang kini makin lesu dan belum mampu membuat mesyuarat agung bahagian dan pusat.
Beliau sengaja mahu membangkitkan perkara itu (calon Perdana Menteri) agar terus dibincangkan oleh rakyat bagi menutup kelemahannya semasa mengurus negara termasuk kerugian Bank Negara Malaysia M31.5 bilion akibat kegiatan urus niaga tukaran mata wang asing (forex) di tahun 90an.
Ura-ura bahawa DAP juga merancang untuk mencalonkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri (PM) jika Pakatan Harapan yang diketuai DAP menang, juga mungkin 'memaksa' Dr. Mahahir untuk bercakap siapa sewajarnya menjadi Perdana Menteri jika BN berjaya digulingkan.
.
Kit Siang pula merasakan, masalah yang di hadapi oleh PPBM memberikan harapan cerah pada DAP untuk menang lebih banyak kerusi pada PRU akan datang akibat perpecahan PAS, PAN dan PKR.
Kini persaingan untuk menjadi Perdana Menteri adalah antara Mahathir dan Kit Siang, sedangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berkorban dan berusaha menggabungkan parti pembangkang dalam satu pakatan, dilihat semakin disisihkan oleh dua pemimpin veteran politik itu. - Kedahnews.com