Mahfuz Tak Sabar Lagi Nak Tanding PRU14?


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar nampak macam tidak sabar lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang walaupun Pakatan Harapan (PH) belum lagi didaftarkan manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pun belum lagi mengadakan mesyuarat agung tahunan
 Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberitahu,  AGM pertama itu hanya akan diadakan pada 30 Disember ini.

Antara sebab Pakatan Harapan belum boleh didaftarkan adalah kerana PPBM belum buat AGM.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan, parti mana daripada PH yang akan mencalonkan Mahfuz kerana PAS tidak berkehendakknya beliau lagi bagi mempertahankan Pokok Sena.

Ketika PPBM masih bercelaru untuk mengadakan AGM dan belum pasti PH boleh didaftarkan sebagai satu parti dan satu logo, Mahfuz dilaporkan mencabar Datuk Seri Najib Razak supaya  membuat pengumuman lebih awal tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh mengundi.

Mahfuz  berkata, pengumuman awal itu penting supaya rakyat dapat membuat persediaan dan tidak terlepas menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi.

Dahulu,  semasa berada di dalam PAS, Mahfuz juga mencabar Dr. Mahathir yang ketika itu masih Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen lebih awal.

Pada Mac lalu,  Majlis Presiden Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk mendafatar Pakatan Harapan secara rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu mengumumkan, nama Pakatan Harapan akan dikekalkan dalam permohonan itu.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat yang disertai semua pemimpin dari ke empat parti itu ang bernaung di dalam Pakatan termasuk Dr Mahathir, Lim Kit Siang  (DAP), PKR dan Mohamad sendiri.

Masalahnya sekarang, Pakatan Harapan yang bakal diterajui oleh DAP masih belum didaftarkan kerana PPBM belum lagi mengadakan AGM.

Sepatutnya Mahfuz yang dilihat rapat dengan Dr. Mahathir mendesak PPBM selesaikan dahulu AGM, bukannya mencabar Najib umum adakan PRU14 lebih cepat.

BN dan UMNO sudah pun pukul gendang perang untuk hadapi PRU14 pada Perhimpunan Agung UMNO ke 71 pada 5 hingga 9 Disember lalu. 

Hanya paluan gendang PRU daripada Pakatan Harapan belum berbunyi. 

Ini kerana Pakatan mungkin masih sibuk mengatur kerusi, calon dan menentukan siapa seharusnya layak diangkat sebagai  calon Perdana Menteri jika gabungan pembangkang itu menang PRU14.

Jawatan Perdana Menteri darpada Pakatan masih terbuka setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan kerana masih berada di dalam penjara sementara Kit Siang pula menolak jawatan tertinggi itu walaupun DAP mendahului bilangan kerusi pembangkang dalam Parlimen.  - kedahnewscom.