Mahfuz Tidak Tolak Kemungkinan Sertai DAP?


ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengumumkan keluar PAS setelah bersama parti itu selama 34 tahun  tidak menolak kemungkinan akan menyertai DAP bagi menghadapi Pililhan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Saya ada menerima tawaran daripada DAP sebelum ini selain pelawaan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu (PPBM)," kata Mahfuz  pada sidang media khas mengumukan keputusannya untuk tinggalkan PAS di sebuah hotel di sini petang ini.  Turut hadir pada majlis itu, Ahlid Dewan Undangan Negeri Pengakalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi  (PAN) dan Tan Kok Yew ADUN PKR - Derga.

Bagaimanapun kata Mahfuz beliau perlu mengambil masa untuk memikirkannya parti mana yang akan disertainya sebelum PRU14.

"Keutamaan saya bukan diri sebagai calon tetapi lebih kepada kemenangan Pakatan, " katanya ketika ditanya sama ada ada beliau akan menjadi calon lagi di Parlimen Pokok Sena setelah meninggalkan PAS atau apabilamenyertai Pakatan Harapan.

Mahfuz sebelum ini kerap dilihat persama program dan ceramah Pakatan Harapan walaupun masih menjadi PAS. Beliau juga menyerang parti dan pemimpin PAS   kerana tidak mahu bersama Pakatan Harapan pada PRU14.

Sebelum ini Mahfuz dikatakan akan menyertai PPBM kerana sokongan beliau terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berhasrat menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketika ini, DAP amat memerlukan tokoh dan pemimpin Melayu menyertai parti itu bagi  menarik orang Melayu menyokong parti bagi memecahkah undi orang Melayu pada PRU14 - Kedahnews.com