BARU-BARU ini netizen digemparkan dengan berita mengenai seorang wanita yang mendakwa sanggup berkahwin secara kontrak gara-gara enggan melakukan kerja rumah.
Pengakuan ‘maut’ itu namun dikutuk teruk oleh ramai pengguna sosial yang beranggapan ia agak keterlaluan dan tidak sejajar dengan status dirinya sebagai seorang isteri.
Bagaimanapun terbaharu, wanita itu tampil sekali lagi menerusi rakaman video berdurasi kurang daripada tiga minit dilihat mempertahankan tindakan unik tersebut.
Wanita yang tidak diketahui identiti itu mendakwa sekiranya seorang suami yang memaksa isteri untuk membuat kerja rumah adalah lebih baik jika mereka berkahwin terus dengan orang gaji sahaja.
“Kalau nak perempuan yang kemas rumah, yang basuh baju, lebih baik awak kahwin dengan orang gaji. Jangan nak kahwin dengan orang perempuan.
“Ini nak kahwin sebabkan nak suruh kita masak dan kemas rumah. Ingat kau kahwin dengan orang gaji ke?” katanya menerusi rakaman yang tular berkenaan.
Pengakuan ‘berani mati’ wanita tersebut yang tampil agak seksi hingga terdedah lurah montok dadanya itu sekali lagi mencuri perhatian netizen dan menerima kecaman di laman sosial.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut dilihat mengkritik dan mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut kerana dia dilihat seperti orang yang tiada maruah diri.
Setakat ini, lokasi wanita itu masih belum dapat dipastikan dan rakaman video tersebut telah tular menerima lebih daripada 84,000 tontonan di laman sosial. - Kedahnews.com