Mapim Sungai Petani Mohon Bantuan Selimut Untuk Rohingya


ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Sungai Petani telah mengadakan satu kempen bagi mengutip bantuan selimut kepada warga Rohingya.

Hal ini ekoran daripada ethnik tersebut bakal berdepan dengan kedatangan musim sejuk.

Setiausaha Mapim Kedah, Muhammad Shukri Saari berkata, selimut terutama sekali bakal menjadi suatu yang amat diperlukan dan paling bermakna untuk pelarian Rohingya terutama anak kecil.

Perkara ini kerana memandangkan tempat berteduh hanya menggunakan khemah yang dibina menggunakan buluh dan plastik.

Menurutnya, rombongan delegasi yang akan menghantar keperluan tersebut dijangka bertolak pada 18 hingga 21 Disember ini.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Baitul Rahmah-Mapim bernombor 5520 9522 4432.- Kedahnews.com