MODEL Victoria Secret, Bella Hadid dikatakan turut menentang keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Doland Trumpt mengenai pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Bella atau nama sebenarnya, Isabella Khair Hadid, 21 malahan telah memuat naik sekeping gambar menerusi Instagram yang menentang tindakan Trump itu bagaikan orang tidak masuk akal.
“Saya telah menunggu untuk meletakkan kata-kata ini dengan sempurna tetapi saya menyedari bahawa tidak ada yang cara sempurna untuk bercakap tentang sesuatu yang tidak adil.
“Hari yang sangat sedih. Mendengar berita dan melihat kesakitan rakyat Palestin membuat saya menangis untuk banyak generasi Palestin.
“Saya lihat kesedihan bapa saya, sepupu dan keluarga di Palestin serta nenek moyang buatkan saya tak kuat untuk menulis.
“Jerusalem (Baitulmaqdis) ialah rumah untuk semua agama. Layanan terhadap penduduk Palestin sangat tidak adil! Janganlah ada kebencian terhadap sesiapa pun.
“Kawan-kawan rapat dan saudara saya juga orang Yahudi. Perkara ini telah bawa kita lima langkah ke belakang, yang akan menjadikan lebih sukar untuk hidup di dalam dunia yang aman,” tulisnya.
Bapa Bella, iatu Mohamed Hadid, 69 telah lahir di Nazareth serta membesar dekat Syria dan Lubnan sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 14 tahun.
Selain Bella, adiknya iaitu Gigi Hadid juga merupakan seorang model pakaian dalam Victoria Secret.
Sebelum ini, Bella menyifatkan bahawa dia merupakan seorang ‘proud Muslim‘ kerana pernah membincangkan kepercayaan agama Islam serta pengalaman bapanya sebagai seorang pelarian.
Sebagai penduduk asal yang pernah menetap di Syria dan turut mempunyai saudara di palestin, Mohammed Hadid turut merasai kesedihan serta menyuarakan kemarahannya di akaun Instaram miliknya.
“Hari paling sedih dalam hidup saya sebagai rakyat Palestin Amerika dan kepada semua rakyat Palestin yang telah menderita akibat penjajahan Israel,” tulis Mohamed di akaun Instagram miliknya.
Tambah Mohamed, perbuatan Trump yang telah membuat pengisytiharan itu merupakan perampasan kota suci Baitulmaqdis kepada Israel itu bagaikan modal bagi mereka.
“Ini bukan hak berkaitan isu tanah, Tetapi apa lebih parah ialah semua pemimpin Arab telah ‘jual’ kami dan mereka sangat tidak ada rasa malu! Tanah Palestin untuk rakyat Palestin!” tambahnya lagi.
Namun, gambar yang dimuat naik oleh Bella itu telah dikunci ruangan komennya dengan tunjuan tidak mahu ada komen negatif yang mungkin akan membawa kepada perbalahan peminatnya. –Kedahnews.com