KUALA LUMPUR – Hanya kerana terlalu taksub pada fahaman politik, umat Islam di negara ini sanggup berpecah-belah sesama sendiri dan tidak menghiraukan perintah Allah SWT untuk bersatu-padu demi kepentingan Islam di negara ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, sikap itu adalah jelas berbeza dengan "musuh Islam" yang sanggup mengenepikan sentimen politik dan berpadu untuk menguasai segenap aspek di negara ini, termasuk politik negara.
Susulan itu, beliau meminta agar setiap umat Islam di negara ini supaya sedar dan tdak terus terperangkap dengan taktik musuh Islam yang sedang bersatu dari segenap blok untuk memecahbelahkan kesatuan mereka.
"Sebagaimana musuh boleh bersatu meskipun mereka berbeza parti politik dan aliran pemikiran demi “menyerang” Islam dan umatnya. Maka umat Islam mesti bertolak ansur dan korbankan kepentingan diri serta puak dengan kembali kepada paksi Islam yang benar.
"Mereka pastinya cuak lihat umat Islam bersatu. Mereka gelisah lihat umat Islam kembali berpaut erat pada Tali Allah. Mereka kepanasan lihat umat Islam mengurus perbedaan fahaman politik dan aliran pemikiran secara matang dan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, musuh-musuh Islam itu sangat mengharapkan umat Islam berpecah kerana ia akan memberikan mereka kekuatan, berjaya mempengaruhi rakyat dan seterusnya menguasai negara ini serta umat Islam.
Nasrudin turut mendedahkan antara taktik musuh Islam memecahbelahkan masyarakat muslim negara ini adalah dengan memastikan umat Islam saling bercakaran, bergaduh dan benci membenci antara satu sama lain.
Kata beliau, perkara yang kecil diperbesarkan dan yang mudah dipayahkan menggunakan pelbagai medium untuk menghasut termasuk media dan cybertrooper milik mereka untuk mengadu domba.
"Menggunakan strategi pecah dan perintah, musuh Islam mencetuskan pelbagai propaganda dan provokasi termasuk fitnah dan tohmahan terhadap perjuangan Islam. Kehendak mereka hanya satu iaitu umat Islam mesti berpecah dan lemah.
"Semestinya seruan penyatuan ini berpaksi kepada Islam. Justeru hanya Islam atau 'Tali Allah' sahaja yang berupaya menambat dan mengikat hati-hati umat Islam supaya bersatu teguh dan utuh.
"PAS selayaknya bertindak untuk menyatukan umat ini. Mereka tidak boleh dibiarkan berpecah atas apa alasan sekalipun termasuklah perbedaan latar fahaman politik, mazhab dan manhaj pemikiran," katanya. – Kedahnews.com