Muzik Video ''Abang Nak Tegur'' Dapat ''Dislike'' Tertinggi Di YouTube


KUALA LUMPUR - Tidak dapat dinafikan, YouTube merupakan platform bagi ramai pencipta kandungan video untuk mengejar populariti.

Sesiapa sahaja boleh menjadi popular jika video yang dimuatnaik mendapat banyak likes dalam tempoh masa yang singkat.

Bukan itu sahaja, ada juga individu yang meraih populariti oleh sebab jutaan dislikes yang diraih daripada penonton yang tidak berkenan video atau orang yang ditayangkan dalam video tersebut.

Adakah ini benar atau tidak?

Di Malaysia pula, video muzik Abang Nak Tegur oleh Aliff Syukri dan Nur Sajat mendapat bilangan dislike  tertinggi, iaitu sebanyak 148,000 dislike!

Namun, YouTube menyenaraikan 10 video dengan 'dislike' tertinggi.

Video yang diterbitkan oleh KRU Music ini mendapat lebih sejuta tontonan di YouTube dalam masa 10 hari.

Penonton yang ‘dislike’ video ini rata-ratanya tidak suka akan kemunculan Nur Sajat yang mendapat jolokan nama selepas video ini dimuat naik di YouTube.

Ada juga sumber mengumumkan bahawa video muzik #AbangNakTegur 2.0 bakal dimuat naik.

Ayuh kita saksikan 10 video yang mengaut bilangan dislike paling tinggi di seluruh dunia!

Malaysia

Abang Nak Tegur
300,000 dislike

Antarabangsa

Baby ft. Ludacris oleh Justin Bieber 
7,498,938 dislike

Official Call of Duty: Infinite Warfare Reveal Trailer
3,495,374 dislike

Can This Video Get 1 million Dislikes? oleh Pewdiepie 
2,943,222 dislike

Friday oleh Rebecca Black 
2,579,720 dislike

Cortando O Botao Do YouTube oleh Aruan Felix
2,304,732 dislike

Gangnam Style oleh Psy 
1,939,590 dislike

Sweatshirt by Jacob Sartorius 
1,654,676 dislike

Wrecking Ball – Miley Cyrus 
1,365,551 dislike

We Can’t Stop – Miley Cyrus
1,298,412 dislike

Anaconda – Nicki Minaj 
1,315,683 dislike

Sumber: Astro Awani