Neelofa Akui Hairan Lelaki Takut Dekati Diri


SIAPA yang tidak kenal dengan pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor ini kan?

Selepas fenomena drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot, nama Neelofa semakin melonjak naik dan mendapat tempat bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antrabangsa.

Meskipun dikenali ramai, figura jelita ini mengakui hairan dan tidak faham mengapa lelaki di luar sana didapati enggan mendekati dirinya.

Menurut Neelofa, beliau hairan mengapa lelaki takut untuk mendekatinya sedangkan Lofa juga sama seperti manusia biasa yang mempunyai perasaan terhadap seseorang.

“Saya pun tak faham sebenarnya kenapa nak takut? Sometimes saya rasa of course Lofa pun ada perasaan sama dengan orang-orang tertentu,” katanya dipetik BH Online.

Kata Lofa lagi, bagi beliau jika seseorang itu yakin dan menjadi diri sendiri maka perkara itu sudah cukup bagus untuk menjadi modal mendekati sesiapa sahaja.

“Tapi as long you kena yakin dengan diri sendiri dan juga tahu menjadi diri sendiri, saya rasa ia sudah cukup bagus untuk mendekati sesiapa sahaja,” ujarnya lagi.


Sementara itu, Neelofa sempat berkongsi rahsia dengan memberitahu beliau merupakan seorang wanita yang mudah tertarik akan bau-bauan dan haruman yang enak untuk dihidu.

Bukan itu sahaja, malah Lofa turut mengaku bahawa beliau agak mudah mengenali dan mengecam seseorang hanya melalui perkara tersebut.

Haaa… Siapa yang nak dekat dengan cik Lofa kita ni, akak nak pesan korang kenalah wangi-wangi, okayyy…

Siapa tahu kan cik Lofa pun terpikat dengan bau-bauan korang tu. Kan dah jodoh… – Kedahnews.com