Nikmati Cuti Hujung Minggu Panjang 2018


PETALING JAYA - Rancang percutian anda kerana terdapat beberapa cuti hujung minggu yang panjang pada tahun 2018 menanti anda untuk dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga.

Terdapat lima cuti hujung minggu yang panjang membabitkan cuti umum sempena sambutan Tahun Baru (1 January), Tahun Baru Cina (16 February), Hari Raya Puasa (15 Jun), Hari Kebangsaan (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September).

Kesemua cuti umum tersebut jatuh sama ada pada Jumaat, Ahad atau Isnin.

Cuti sambutan Tahun Baru tidak membabitkan mereka yang tinggal di Johor, Kedah, Ke­lantan, Perlis dan Terengganu.

Namun rakyat Malaysia boleh menikmati sejumlah 11 cuti hujung minggu yang panjang dengan mengambil cuti tahunan bersama sehari sebelum Hari Buruh (1 Mei), Hari Wesak (29 Mei), Awal Muharram (11 September), Deepavali (6 November), Malidur Rasul (20 November) dan Krismas (25 Disember).


Cuti umum tersebut jatuh pada Selasa, jadi anda yang mengambil cuti tahunan pada Isnin boleh menikmati cuti hujung minggu yang panjang.

Rakyat Malaysia akan menikmati kira-kira 12 cuti hujung minggu yang panjang tahun depan jika cuti tahunan diambil sehari sebelum cuti umum Thaipusam (9 Februari) dan Hari Kebangsaan (31 Ogos) yang jatuh pada Jumaat.

Sumber: Mstar Online