PERHIMPUNAN Agung UMNO Ke - 71 (PAU2017) yang berlangsung selama lima hari sejak Selasa lalu berakhir sudah hari ini.
Lebih 5,000 perwakilan yang berkampung di Pusat Dagangan Putra pulang membawa satu semangat berkobar-kobar dengan misi utama untuk menang dengan cemerlang Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) yang dianggap ibu segala pilihan raya..
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulung perbahasan selama hampir sejam di hadapan para perwakilan, pemerhati dan orang ramai telah meniupkan semboyan terakhir iaitu
bertempur untuik mencapai kemengan.
.
Ucapan Presiden UMNO itu disiarkan secara langsung oleh TV.
Menurut Perdana Menteri, semuanya perkara yang membelenggu parti dan ahli sudah hampir beres.
Najib juga menggambarkan kemenangan kini berada di pihak Barisan Nasional.
Katanya, jika ada sikit-sikit (masalah) tolong selesaikan dalam semangat kekeluargaan UMNO," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Beliau menegaskan pemilihan calon pada pilihan raya akan datang bukan mengikut hati, tetapi sebaliknya adalah mengikut kehendak parti.
Presiden UMNO menjelaskan walaupun beliau suka seseorang calon, tetapi jika parti berpendapat seseorang itu tidak sesuai, maka semua pihak perlu akur dengan keputusan tersebut.
"Jadi calon, tidak jadi calon, bukan keputusan hati, tetapi keputusan parti.
Kalau saya suka, tetapi parti kata tak lepas, saya terpaksa kata `sorry'. Kita kena terima keputusan itu, pilihlah calon yang boleh menang. Orang yang benar-benar boleh bawa kemenangan parti," kata Najib.
Najib berkata, tiga perkara yang perlu dibawa pulang daripada PAU2017, iaitu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU14 tanpa perlu memikirkan jawatan nombor satu, dua dan tiga kerana ia telah dipersetujui sebulat suara agar tidak dipertandingkan.
Perkara kedua dibawa pulang ialah semangat partriotik untuk bertempur dengan penuh keberanian pada PRU14 bagi mencapai kemenangan.
Dan yang ketiga , kata Najib terimalah keputusan calon yang diputuskan oleh parti.-Kedahnews.com