#PAU2017: Najib Lebih Banyak Bantu Kedah Daripada Mahathir


Datuk Seri Najib Razak lebih banyak membantu rakyat dan membuat pembangunan di negeri Kedah dan negara amnya dalam tempoh 8 tahun berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad, anak Kedah yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai Pedana Menteri.
.  
Bagi orang di Kedah mereka tentunya dapat membezakan usaha yang dilakukan oleh Najib, Ahli Parlimen Pekan dan Mahathir yang bertapak lebih 22 tahun di Parlimen Kubang Pasu. 

Antara bantuan langsung yang cukup disenangi oleh rakyat ialah BRIM, bantuan kepada nelayan, penoreh dan terbaharu bantuan untuk para pesawah selama tiga bulan, walaupun subsidi jualan padi dan baja diterima oleh mereka.

Wakil UMNO Kedah, Datuk Yusof Ismail berkata, walaupun bantuan untuk pesawah sebayak RM200 sebulan dikatakan kecil oleh setengah pihak termasuk  pembangkang, tetapi nilainya amat besar bagi para pesawah bagi lebih 57,000 pesawah di perairan Muda  di Kedah.

Bantuan kepada pesawah itu diumumkan oleh Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2018 September berlalu.  

Yusof yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar membangkitkan perkara itu semasa membawa usul ekonomi dalam perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam.

Projek projek terbaharu yang telah diluluskan ialah Zon Bebas Cukai (FTZ) Bukit Kayu Hitam dan tidak termimpi oleh rakyat Kedah, kata Yusof.

Projek itu dijangka menjana hasil kira-kira AS$300 bilion di kawasan Bukit Kayu Hitam dan AS$400 bilion di sebelah selatan Thailand selain menyediakan peluang pekerjaan kepada 50,000 rakyat negeri.

Bukit Kayu Hitam juga akan menjadi hab dan  pelabuhan daratan bagi negara ini dan serantau.

" Kami berterima kasih kepada Presiden UMNO kerana turut memikirkan pembangunan untuk memajukan Kedah, walaupun beliau datang dari Parlimen Pekan, " kata Yusof yang mendakwa Mahathir tidak serius untuk membantu rakyat Kedah semasa menjadi Perdana Menteri
-
"Langkah membina FTZ di Bukit Kayu Hitam ini amat bertepatan kerana kontena dari China kini tidak boleh berlabuh di Kulim tanpa perlu ke Pulau Pinang.
Datuk Seri Najib Razak lebih banyak membantu rakyat dan membuat pembangunan di negeri Kedah dan negara dalam tempoh 8 tahun berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkhidmat selama 22 tahun.  
Bagi orang di Kedah mereka tentunya dapat membezakan usaha yang dilakukan oleh Najib, Ahli Parlimen Pekan dan Mahathir yang bertapak lebih 22 tahun di Parlimen Kubang Pasu. 
Antara bantuan lannsung yang cukup disenangi oleh rakyat ialah BRIM, bantuan kepada nelayan, penoreh dan terbaharu bantuan untuk para pesawah selama tiga bulan, walaupun subsidi jualan padi dan baja diterima oleh mereka.
Wakil UMNO Kedah, Datuk Yusof Ismail berkata, walaupun bantuan untuk pesawah sebayak RM200 sebulan dikatakan kecil oleh pembangkang, tetapi nilai amat besar bagi para pesawah bagi lebih 57,000 pesawah di perairan Muda  di Kedah.
Bantuan kepada pesawah itu diumumkan oleh Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2018 September berlalu.  
Yusof yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor membangkitkan perkara itu semasa membawa usul ekonomi semasa membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam.
Projek projek terbaharu yang telah diluluskan ialah Zon Bebas Cukai (FTZ) Bukit Kayu Hitam dan tidak termimpi oleh rakyat Kedah.
Projek itu dijangka menjana hasil kira-kira AS$300 bilion di kawasan Bukit Kayu Hitam dan AS$400 bilion di sebelah selatan Thailand selain menyediakan peluang pekerjaan kepada 50,000 rakyat negeri.
Bukit Kayu Hitam juga akan menjadi hab pelabuhan daratan bagi negara ini dan serantau.
" Kami berterima kasih kepada Presiden UMNO kerana turut memikirkan pembangunan untuk memajukan Kedah, walaupun beliau datang dari Parlimen Pekan, " kata Yusof yang mendakwa Mahathir tidak serius untuk membantu rakyat Kedah semasa menjadi Perdana Menteri

"Langkah membina FTZ di Bukit Kayu Hitam ini amat bertepatan kerana kontena dari China kini tidak boleh berlabuh di Kulim tanpa perlu ke Pulau Pinang.

"Elok sangatlah sebab mereka (Guan Eng) sombong. Orang sudah bagi kelulusan, sokong sajalah. Tapi baguih jugak la, Kulim la ni jadi lagi hebat," katanya. - Kedahnews.com