#PAU2017: Pameran Jabatan, Agensi Kerajaan Jadi Tumpuan


PAMERAN Jabatan dan Agensi Kerajaan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut menjadi tumpuan para pengunjung.

Ia bukan sekadar pameran biasa tetapi juga tempat orang ramai mendapatkan maklumat dan penjelasan tentang fungsi sebenar tentang sesebuah organisasi kerajaan selain tempat membuat aduan.

Antara jabatan yang menjadi tumpuan ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  dan Kementerian Pertahanan.

KPDNKK menjadi tumpuan orang ramai untuk menanyakan tentang kenaikan harga barangan pengguna dan membuat aduan.

Namun pengunjung kini boleh menyemak harga barang-barang di tempat tinggal mereka menerusi aplikasi telefon pintar  'PriceCacher' yang diperkenalkan oleh KPDNKK baru-baru ini.

Petugas jabatan juga bersedia untuk membantu cara-cara untuk menyemak harga barangan dan sekaligus memudahkan pengguna mendapat maklumat sebenar harga sesuatu barangan dan membandingkannya di tempat lain.

Dalam pada itu Pameran Kementerian Pertahanan menjadi tumpuan anak anak muda yang berminat dengan bidang ketenteraan.

Bahagian pengambilan ATM bersedia membantu mereka yang ingin menceburi kerjaya berkenaan termasuk askar wataniah (AW).

Ianya endapat respons yang baik terutama pelajar dan lepasan pusat pengajian tinggi yang berminat dengan badan-badan beruniform.

Kini sudah ramai pelajar bukan Melayu dilaporkan berminat menyertai pasukan Wataniah.

Selain pameran jabatan kerajaan, booth syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut mendapat perhatian orang ramai yang mula membanjiri PWTC mulai semalam dan dijangka akan berterusan sehingga Sabtu ini. - Kedahnews.com