KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyertai 5,000 umat Islam mengadakan solat sunat hajat untuk memohon pertolongan Allah bagi menyelamatkan kota suci Baitulmaqdis dijadikan ibu negara Israel.
Solat hajat itu diadakan selepas Jumaat di Dewan Tun Razak Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini
Turut serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri kabinet serta pemimpin dan perwakilan UMNO yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hari ini.
Solat hajat itu turut diadakan di beberapa buah masjid lain termasuk di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) yang disertai lebih 1,000 jemaah.
Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir turut sebak ketika membaca doa selepas solat hajat yang diadakan di dewan Tun Razak, PWTC.
Sebelum itu Jamil yang membaca khutbah Jumaat sebelum peristiwa yang berlaku di negara Palestin itu wajar menjadi teladan kepada ahli UMNO dan umat Islam di negeri ini.
Sebelum itu Jamil yang membaca khutbah Jumaat sebelum peristiwa yang berlaku di negara Palestin itu wajar menjadi teladan kepada ahli UMNO dan umat Islam di negeri ini.
Katanya, rakyat Palestin yang jumlahnya kecil (kira-kira 4 juta orang) telah berpecah kepada dua puak sementara dan rakyat Israel yang berjumah lapan juta lebih terus bersatu.
.
Sementara itu langkah Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang baharu terus menyentuh perasaan dan kemarahan para perwakilan, ahli UMNO dan umat Islam pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.
Kesedihan Ahmad Syazwan Shah turut dikongsi seluruh perwakilan hingga ada perwakilan wanita dilihat tidak dapat menahan air mata masing-masing.
Beliau yang mengambil bahagian dalam perbahasan di atas ucapan dasar Presiden UMNO, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat yang memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis susulan langkah mengiktiraf kota itu sebagai ibu negara Israel. - Kedahnews.com