WAKTU Hendon membelah dada jenazah Saidina Hamzah yang gugur syahid dalam perang di Bukit Uhud, wanita kafir musyrikin itu berasa amat bangga.
Hendon meluru ke arah jenazah Saidina Hamzah lalu membelah dadanya dan memamah jantungnya. Alasan Hendon mudah: Hamzah musuh. Maka memamah jantungnya satu kebanggaan.
Kenapa cerita Hendon? Biasalah. Sebab nak sambung kisah artikel semalam. Kisah wanita hidup melantak bangga kerana merampak laki orang. Bab lelaki poligami kita dah tak mau diskus. Itu isu yang dah selesai. Dalam Islam lelaki dibolehkan berpoligami.
Walaupun sebenarnya, dalam era sekarang, banyak kaum jantan yang memanipulasi keindahan poligami ini.
Masa kahwin kata dua atau tiga atau empat bini sebab nak ikut sunnah Nabi. Tetapi sampai bab adil dan memimpin kehidupan poligami, puak banyak bini ini, banyak yang fiilnya macam babi!
Ok. Ok. Kita berbalik bab wanita perampas laki orang ini.
Semua orang jenis perampas ini akan punya alasan. Sama macam Hendon. Percayalah… kalau ditanya atau mereka buat sidang media atau interview bersiri di stesen TV dan Radio pun, alasannya kelak akan terdengar meminta simpati. Poyo dan penuh kisah-kisah murni. Indah dan serba menuju ibadah belaka.
Pertama soal jodoh.
Ini ayat lapok lagi kliselah. Sebab penyangak laki orang ini akan memanipulasikan istilah jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Maka nama Allah akan dijual untuk mengindahkan kisah mereka menyamun laki orang.
Sebenarnya setiap orang punya pilihan. Merampas laki orang boleh pun dibuat dengan niat jahat. Sebab kejahatan boleh menyamar dalam niat baik. Bak kata orang alim, sembilan daripada CARA syaitan menipu manusia ialah melalui jalan yang baik.
Jadi, sudah klise sebenarnya bab perampas laki orang buat hendak buat kenyataan di FB atau IG. Atau nak buat roud tour rumah ke rumah. Atau bajet lebih sampai sanggup nak pusing satu Malaya untuk menegakkan walhal erti jodoh ini.
Apalagi kalau perampas ini selebiriti sohor. Banyaklah advantagenya. Akan banyak liputan kenyataan bela diri sebab mereka ini fofular.
Orang fofular buat drama haprak cap tahi ayam pun akan dapat liputan meluas. Sekali pun buat sidang media cap tahi ayam, drama purba kitar semula akan tetap ada liputan.
Tak apalah kau dah rampas laki orang pun. Lagi nasib kau baik – kalau kau retis. Sebab nanti kau buat sidang media dalam gua pun – media kejar kau sebab kau kan retis!
Cuma sekadar hendak nasihat sajalah. Dahlah kau sapu dan kebas laki orang – kau ada hati nak pusing Mapaya cerita kebaikan kau? Orang yang suaminya kena rampas dan jadi laki baharu kau, ada ke peluang nak menyalak satu Malaya cerita versi dan nasib dia pula?
Akhirnya, kau orang artis juga beruntung. Boleh menyalak sebab ada orang nak dengar. Cuma nasihatnya ialah: Eloklah kau tak menyalak nak tegakkan benang basah. Eloklah selepas kau dah sapu laki orang, kau diam-diam saja. Jaga hati bini tua sikit.
Apa? Kau tak tahan kena kutuk?
Eh! Biasalah. Kau dah sapu laki orang, kau ingat satu Malaya nak bagi kau bunga?
Tak perlulah menganjing sangat. Nanti jadi bising dunia Malaya yang sudah sempit ini. Elok-elok luka hati orang yang kau kebas lakinya itu hanya sikit, jadi bengkak bernanah pula sebab kau meroyan sana-sini dok cerita, kisah-kisah kau menyamun laki orang.
Di mahkamah, penyangak dan penyamun pun diberi peluang bela diri. Tetapi alasan tertuduh ini, selalunya merapu dan membuang masa mahkamah saja.
Jadi, maknanya – membela diri ini, adalah kerja orang yang berasa bersalah, dan kelam-kabut nak cover line!
Hmmm. Banyaklah untung kau orang jadi artis. Dahlah sapu laki orang – boleh menyalak lagi, menceritakannya pada seluruh dunia!- Kedahnews.com