Penyanyi 80an Dayangku Intan Tinggalkan PKR


Penyanyi 80-an Dayangku Intan yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2012 mengumumkan keluar parti Ahad lalu.

“Saya ingin mengumumkan pengunduran diri dari PKR, Pakatan Harapan,”katanya dalam satu kenyataan dalam facebook rasminya @officialdayangkuintan.

Pemilik nama sebenar Tengku Intan Tengku Abdul Hamid itu berkata dia menyertai PKR, ketika parti itu bergabung dengan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

Namun, selepas PAS dikeluarkan daripada PR dan Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan pada 2015 yang menggabungkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara, dua tahun selepas itu dia mengambil keputusan untuk keluar parti.

“Dengan ini saya harap segala persoalan kini yang ada mengenai di mana saya di gelanggang politik.

“Sepertimana Pakatan Rakyat tiada lagi, saya tidak lagi bersama mana-mana parti dan mengucapkan yang terbaik bagi calon-calon yang akan bertanding pada PRU14,”kata, Dayang yang pernah jadi calon PKR Parlimen Pengerang pada PRU13.

Pada PRU 2013, penyannyi berkenaan hanya mendapat 4,484 undi sementara  Datuk Seri Azalina Othman yang mewakili BN mendapat 26,992 undi sementara calon bebas Mohd Azaman Johari  795 undi. - Kedahnews.com