Sewaktu Bajet 2018, kerajaan umumkan peruntukkan naik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat berterima kasih kepada Persekutuan.
Namun apabila bajet hendak diluluskan, anggota pembangkang yang diketuai DAP menolak Bajet 2018. Ini bererti mereka menolak peruntukan naik taraf lapangan terbang di negeri itu.
Bila banjir berlaku hingga lumpuhkan Pulau Pinang, mereka merayu bantuan Persekutuan tetapi menolak bajet 2018 dan mendakwa Persekutuan tidak memberi apa-apa bantuan.
Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turun padang untuk melihat keperluan mangsa banjir di negeri itu, Guan Eng masih terus membuat lakonan.
DAP sebenarnya tidak menghargai bantuan Pusat dengan membuat beberapa siri pembohonan kepada rakyat negeri Pulau Pinang walaupun banjir sudah tiada lagi.
"Inilah perangai buruk DAP, susu yang kita hulurkan, tuba pula jadi balasan," kata Najib semasa menggulung perbahasan di akhir persidangan UMNO Sabtu lepas.
Najib juga menegaskan beliau bukan sekadar pemimpin UMNO dan BN sahaja tetapi pemimipin kepada 32 juta rakyat Malaysia yang perlu diberi perhatian.
Beliau juga mengulangi kenyataan UMNO bukan rasis dan anti Cina seperti mana DAP yang anti Melayu dan Islam.
Jika UMNO rasis sebelum ini, parti itu tidak akan diterima komponen lain untuk mengepalai parti pelbagai bangsa (BN) dan menerajui negara sejak merdeka.
Bagaimanapun pembangkang khususnya DAP dan PPBM telah mengeret dan memerangkap kaum Cina, India, Melayu serta etnik Bugis yang sebeum ini sentiasa bersama dengan membuat persepsi buruk dan pembohongan nyata. - Kedahnews.com