Perhimpunan Agung PBB Akan Mengundi Resolusi Bailtumuqaddis, Esok


NEW YORK  - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sidang tergempar esok (Khamis) bagi mengundi draf resolusi, menolak keputusan Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel selepas langkah itu dihalang di Majlis Keselamatan badan dunia terbabit.

Turki dan Yemen meminta mesyuarat tergempar melibatkan 193 buah negara mewakili kumpulan negara Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Presiden Perhimpunan Agung PBB, Miroslav Lajcak memaklumkan kesemeua 193 perwakilan akan sidang tergempar itu dalam sepucuk surat yang diserahkan, kelmarin. - AFP