Pilih Parti Yang Mampu Bawa Perubahan - PM


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kaum India memilih parti yang mampu membawa pembangunan dan memajukan kepada kaum itu dan bukan sekadar menabur janji kosong.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membentangkan pelan pembangunan India, Indian Blueprint di Parlimen untuk membangunkan masyarakat tersebut.

“Pilihlah partI yang mempunyai perancangan terperinci untuk membantu membangunkan masyarakat India dan bukannya vetti pechu (cakap kosong),” katanya.

Beliau berkata demikian ketiika merasmikan Persidangan Tahunan Parti Makkal Sakti di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R.S. Thanenthiran dan Setiausha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sumber: Utusan Online