Polis P. Pinang Guna Basikal Elektronik Ronda Kawasan Tumpuan Pelancong


PULAU PINANG - Polis negeri ini menggunakan pendekatan baharu dalam aktiviti rondaan cegah jenayah apabila menggunakan tujuh buah basikal elektrik (e-basikal) bermula hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, sebanyak tujuh buah basikal e-elektrik yang disumbangkan tiga syarikat swasta akan dijadikan sebagai projek perintis.


Menurut beliau, tiga basikal berkenaan akan digunakan oleh anggota Polis Pelancong Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) manakala Balai Polis Batu Feringghi dan Balai Polis Quensbay Mall masing- masing akan menerima dua buah basikal.

“Projek ini dijangka meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kehadiran anggota polis selain berkonsep mesra alam, “ katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. 

Sumber: Utusan Online