ALOR SETAR - Seluruh warga parti, khususnya sayap Pergerakan Wanita UMNO di negeri ini diminta supaya tidak leka meskipun Barisan Nasional (BN) dikatakan dalam kedudukan selesa untuk kekal sebagai kerajaan di peringkat pusat mahupun negeri.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob berkata, pilihan raya bagaikan "medan perang" yang mampu memberikan igauan ngeri sekiranya tersilap langkah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
"Semboyan terakhir telah ditiup Presiden pada PAU 2017 baru-baru ini. Kita sudah di fasa terakhir. Tidak lama lagi, kita sekali lagi akan diadili pengundi.
"Jika kita terbukti memberi khidmat terbaik buat masyarakat, insyaAllah hati rakyat tidak akan berganjak dan terus memilih UMNO dan BN.
"Kita tidak boleh leka. Kita tidak boleh terbuai mimpi indah. Tiada mimpi indah dalam perjuangan. PRU bagaikan medan perang dan medan perang hanyalah menjadi mimpi ngeri jika kita tersilap langkah," katanya kepada Kedahnews.com ketika ditemui di sini, hari ini.
Suraya berkata, warga UMNO perlu mengambil iktibar dan bermuhasabah atas kekalahan BN pada PRU ke-12 yang lalu serta tidak lagi terbuai dengan mimpi indah untuk berdepan cabaran pada PRU ke-14 ini.
"Kita pernah diuji Allah. Kita tewas pada 2008. Sukar atau tidak berkhidmat sebagai Adun Pembangkang, kita sudah lalui. Pahitnya kita telan, manisnya kita kongsikan bersama rakyat.
"Namun dari ujian itulah kita belajar bermuhasabah. Kita pernah menang bergaya pada 2004, namun mungkin kerana kita leka dan tertidur dibuai mimpi indah, kita 'dihukum' pada 2008.
"Kita bangkit! Kita bangkit semula pada 2013. Caranya? Kita lapangkan dada. Buang dan jernihkan segala sengketa. Buang yg keruh, ambil yg jernih. Kita muafakat. Itu tonik paling mujarab yang menjadi formula kejayaan kita merampas kembali Kedah," ujar beliau.
Selain itu, Suraya turut meminta supaya warga BN belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan oleh PAS ketika mentadbir di negeri ini.
Beliau berkata, biarpun sepenggal, namun sengketa yang melanda dalaman parti tersebut telah menjadi antara faktor utama yang menyebabkan kekalahan parti itu dan terpaksa mengembalikan tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri kepada BN.
"Kita juga belajar dari PAS yang menjadi kerajaan ketika itu. PAS menjelang PRU 2013 berpecah belah, bersengketa sesama sendiri, hal remeh merebut jawatan sesama sendiri 'bernanah' dalam PAS ketika itu.
"Apa yang berlaku pada PAS ketika itu memberikan kita iktibar untuk tidak melakukan kesilapan yang sama pada PRU 14 nanti," katanya mengimbas kembali detik kebangkitan BN pada PRU ke-13 yang lalu.
Justeru itu beliau meminta agar seluruh jentera Wanita UMNO khususnya di Bahagian Pendang supaya bersiap sedia sepenuhnya dan mengembeling segenap tenaga untuk memastikan BN kekal menjadi pilihan rakyat di negeri ini.
"Kita perlu bersiap siaga. Masuk gear paling tinggi. Jika dulu kita giat bekerja dua kali ganda, maka kini kita perlu berjuang 4 kali ganda," seru beliau.
Suraya berkata demikian ketika diminta Kedahnews.com untuk mengulas mengenai persediaan jentera Wanita UMNO di Bahagian Pendang menjelang PRU ke-14 yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh terdekat tidak lama lagi. - Kedahnews.com