YAN - Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Sungai Limau menjalankan kutipan sumbangan berbentuk wang bagi membolehkan pihak mereka menyumbangkan peralatan persekolahan kepada 240 penerima sasaran.
Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat berkata, program ini merupakan program tahunan yang telah mula dilaksanakan sejak 1995.
"Sepanjang 22 tahun program ini dilaksanakan ia sememangnya hanya melalui sumbangan orang ramai.
"Sumbangan ini kami namakan sebagai sumbangan dari rakyat untuk rakyat yang bertujuan membantu anak yatim dan fakir miskin bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang," katanya.
Katanya, ia mampu untuk memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang menerima kerana beban mereka untuk menyediakan peralatan sekolah dibantu oleh sumbangan orang ramai.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun Bank Islam Berhad 02084010033144 atas nama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Sungai Limau.
Sumber: Sinar Harian