Radhi OAG ‘Hangus’ Setengah Juta Beli Dadah


BAHANA dadah….bukan sahaja diri sendiri dan hubungan kekeluargaan terjejas, malah duit simpanan hasil penat lelah mencari rezeki turut lesap!

Radhi OAG akui ketagihan terhadap dadah pada masa lalu pernah membuatkan dirinya berhabis RM500,000 daripada simpanan peribadinya, lapor Harian Metro.

Pemilik nama sebenar Muhammad Radhi Razali ini berkata, pada satu masa, dia terkejut kerana hanya mempunyai baki RM1.52 di dalam akaun banknya!

Tambah Radhi yang pernah bergelut dengan masalah ketagihan dadah sejak mula mencuba najis tersebut pada usia 15 tahun itu, pada satu ketika dia pernah membazirkan RM1,000 setiap hari semata-mata untuk membeli bekalan dadah.

“Saya terkejut bila saya dapati dalam akaunbank saya cuma ada RM1.52 daripada simpanan RM500,000,” katanya.

Wang simpanan itu adalah hasil pendapatannya daripada karier nyanyian dan lakonannya.

“Pada masa itu, ingatan saya hanya berputar pada wajah anak saya dan saya berasa kesal kerana saya telah gagal sebagai seorang bapa,” cerita Radhi lagi.

Dalam pada itu, Raqdhi turut menambah bahawa dia bersyukurterhadap perubahan gaya hidup yang dilakukannya dan menasihati semua agar menghargai keluarga mereka.-Kedahnews.com