Ranking Menjunam Bukan Sebab Harimau Malaya?


JOHOR BAHRU – Kedudukan Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) lebih bergantung kepada prestasi kelab yang berbanding prestasi skuad kebangsaan.

Laman Facebook rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, ia adalah berdasarkan peraturan dalam ‘AFC Club Competition Ranking’.

“Mata yang diperolehi oleh kelab yang bertanding memberi sumbangan sangat besar iaitu sebanyak 90 peratus berbanding prestasi pasukan kebangsaan yang sekadar menyumbang 10 peratus berpandukan kedudukan terkini dalam ranking FIFA.

“Oleh itu, prestasi kelab yang bertanding akan dinilai dan ia memberi kesan pada kedudukan negara dalam ranking tersebut,” kata laman Facebook berkenaan semalam.

Media akhir bulan lalu melaporkan Skuad Harimau Malaya menerima tamparan hebat apabila melakar sejarah terburuk dalam kedudukan ranking selepas menduduki tangga ke-174 dunia dan berada di tempat kelapan daripada 11 negara ASEAN.

Berdasarkan kedudukan ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh FIFA Malaysia jatuh empat anak tangga berbanding 170 bulan lalu dan kekalahan 4-1 sebanyak dua kali kepada Korea Utara dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 pada 10 dan 13 November lalu menjadi penyebab kepada ranking Malaysia. –Kedahnews.com