Reputasi Awie Tercalar Gara-Gara Gambar ‘Edit’


PENYANYI rock legenda yang juga pelakon terkenal, Datuk Awie sememangnya satu nama yang cukup gah dalam industri seni hiburan tanah air.

Meskipun begitu, baru-baru ini nama dan reputasi sedikit tercalar dek kerana salah satu gambarnya menjadi perbualan netizen dengan pelbagai reaksi.

Menerusi berkenaan menyaksikan Awie memakai baju berwarna biru bertuliskan ‘UNDI BN CARI PENYAKIT’ menjadi kini sedang tular di laman sosial.

Awie Atau Nama Sebenar, Ahmad Azhar Othman berkata, beliau sememangnya tahu berhubung penyebaran gambar tersebut.

Awie berkata, gambar yang tersebar itu bukan gambar sebenar sebaliknya ia telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ya, itu gambar edit,” tegasnya memetik Sinar Online.

Bagaimanapun, Awie enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut dan dipercayai menguruskan perkara ini atas khidmat nasihat peguamnya. – Kedahnews.com