Saya Akan Umumkan Banyak Perkara Malam Ini - Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR - "Banyak, saya akan umumkan malam ini," itu indikasi yang diberikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelang Perasmian Sayap Pergerakan Wanita dan Pemuda, Perhimpunan Agung UMNO Ke-71 malam ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya jika terdapat sebarang pengumuman menjelang perasmian sayap tersebut. 

Beliau yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO dijadual merasmikan buat kali kedua Perhimpunan Agung UMNO bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau ditemui Astro AWANI selepas merasmikan Laman Media Perhimpunan Agung UMNO Ke-71 di Dewan Tun Abdul Razak 4, PWTC tadi.

Perwakilan tiga sayap dijadual membahaskan usul masing-masing bermula esok.

Sumber: Astro Awani